Sabtu, 26 Mei 2018

PENGENALAN KURSUS KPD3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2








PENSYARAH YANG DIKASIHI DR NORDIANA BT HAMZAH


Kursus ini merupakan lanjutan kursus KPD3016. Ia bertujuan mengukuhkan lagi  kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. Pelajar juga akan didedahkan kepada prosedur dan kaedah Kajian Tindakan serta penulisan proposal.

Kursus ini adalah salah satu kursus profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan Kepujian). Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengajaran yang merangkumi aspek dan gabungjalin pengetahuan isi kandungan, kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat refleksi dan menjalankan kajian tindakan.

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 3

Link Refleksi Makropengajaran 3





Khamis, 22 Mac 2018

Ulasan dan Komen oleh Penilai dan Pensyarah

Ulasan dan komen oleh dua orang penilai dan seorang pensyarah subjek KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 terhadap simulasi pengajaran menggunakan kemahiran penyoalan.

Ulasan dan komen daripada pensyarah.

Ulasan dan komen daripada pensyarah.

Ulasan dan komen daripada Nur Fatihah binti Masri.

Ulasan dan komen daripada Nur Fatihah binti Masri.

Ulasan dan komen daripada Nur Fitri Liyana binti Amir.

Ulasan dan komen daripada Nur Fitri Liyana binti Amir.